MyAwqat
EnglishEnglish
Arabicالعربية
Malayalamമലയാളം
Urduاردو
Hindiहिन्दी
Bengaliবাংলা
Tamilதமிழ்
Teluguతెలుగు
Chinese中文
Japanese日本語
Korean한국어
RussianРусский
FrenchFrançais
TurkishTürkçe
MalayBahasa Melayu
IndonesianIndonesia
SomaliSoomaali
GermanDeutsch
SpanishEspañol
PortuguesePortuguês
SwahiliKiswahili
Thaiไทย
Persianفارسی
Hebrewעברית
Kurdishکوردی
HausaHausa
Amharicአማርኛ
Gujaratiગુજરાતી
Kannadaಕನ್ನಡ
Pashtoپښتو
ItalianItaliano
77

Surah Al-Mursalat

المرسلات

The Emissaries

50 ayat · Makkiyah · Susunan penurunan 33

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
77:1

وَٱلْمُرْسَلَـٰتِ عُرْفًا

Walmursalati AAurfa

Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),

Tafsir Al-Muyassar: أقسم الله تعالى بالرياح حين تهب متتابعة يقفو بعضها بعضًا، وبالرياح الشديدة الهبوب المهلكة، وبالملائكة الموكلين بالسحب يسوقونها حيث شاء الله، وبالملائكة التي تنزل من عند الله بما يفرق بين الحق والباطل والحلال والحرام، وبالملائكة التي تتلقى الوحي من عند الله وتنزل به على أنبيائه; إعذارًا من الله إلى خلقه وإنذارًا منه إليهم ; لئلا يكون لهم حجة. إن الذي توعدون به مِن أمر يوم القيامة وما فيه من حساب وجزاء لنازلٌ بكم لا محالة.
77:2

فَٱلْعَـٰصِفَـٰتِ عَصْفًا

FalAAasifati AAasfa

Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,

Tafsir Al-Muyassar: أقسم الله تعالى بالرياح حين تهب متتابعة يقفو بعضها بعضًا، وبالرياح الشديدة الهبوب المهلكة، وبالملائكة الموكلين بالسحب يسوقونها حيث شاء الله، وبالملائكة التي تنزل من عند الله بما يفرق بين الحق والباطل والحلال والحرام، وبالملائكة التي تتلقى الوحي من عند الله وتنزل به على أنبيائه؛ إعذارًا من الله إلى خلقه وإنذارًا منه إليهم؛ لئلا يكون لهم حجة. إن الذي توعدون به مِن أمر يوم القيامة وما فيه من حساب وجزاء لنازلٌ بكم لا محالة.
77:3

وَٱلنَّـٰشِرَٰتِ نَشْرًا

Wannashirati nashra

Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,

Tafsir Al-Muyassar: فإذا النجوم طُمست وذهب ضياؤها، وإذا السماء تصدَّعت، وإذا الجبال تطايرت وتناثرت وصارت هباء تَذْروه الرياح، وإذا الرسل عُيِّن لهم وقت وأجل للفصل بينهم وبين الأمم، يقال: لأيِّ يوم عظيم أخِّرت الرسل؟ أخِّرت ليوم القضاء والفصل بين الخلائق. وما أعلمك -أيها الإنسان- أيُّ شيء هو يوم الفصل وشدته وهوله؟ هلاك عظيم في ذلك اليوم للمكذبين بهذا اليوم الموعود.
77:4

فَٱلْفَـٰرِقَـٰتِ فَرْقًا

Falfariqati farqa

Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,

Tafsir Al-Muyassar: ألم نهلك السابقين من الأمم الماضية; بتكذيبهم للرسل كقوم نوح وعاد وثمود؟ ثم نلحق بهم المتأخرين ممن كانوا مثلهم في التكذيب والعصيان. مِثل ذلك الإهلاك الفظيع نفعل بهؤلاء المجرمين من كفار «مكة» ؛ لتكذيبهم الرسول صلى الله عليه وسلم.
77:5

فَٱلْمُلْقِيَـٰتِ ذِكْرًا

Falmulqiyati thikra

Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),

Tafsir Al-Muyassar: ألم نهلك السابقين من الأمم الماضية؛ بتكذيبهم للرسل كقوم نوح وعاد وثمود؟ ثم نلحق بهم المتأخرين ممن كانوا مثلهم في التكذيب والعصيان. مِثل ذلك الإهلاك الفظيع نفعل بهؤلاء المجرمين من كفار "مكة"؛ لتكذيبهم الرسول صلى الله عليه وسلم.
77:6

عُذْرًا أَوْ نُذْرًا

AAuthran aw nuthra

Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -

Tafsir Al-Muyassar: هلاك وعذاب شديد يوم القيامة لكل مكذِّب بأن الله هو الإله الحق وحده لا شريك له، والنبوةِ والبعث والحساب.
77:7

إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوَٰقِعٌ

Innama tooAAadoona lawaqiAA

(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.

Tafsir Al-Muyassar: ألم نخلقكم -يا معشر الكفار- من ماء ضعيف حقير وهو النطفة، فجعلنا هذا الماء في مكان حصين، وهو رحم المرأة، إلى وقت محدود ومعلوم عند الله تعالى؟ فقدرنا على خلقه وتصويره وإخراجه، فنعم القادرون نحن.
77:8

فَإِذَا ٱلنُّجُومُ طُمِسَتْ

Fa-itha annujoomu tumisat

Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;

Tafsir Al-Muyassar: ألم نخلقكم- يا معشر الكفار- من ماء ضعيف حقير وهو النطفة، فجعلنا هذا الماء في مكان حصين، وهو رحم المرأة، إلى وقت محدود ومعلوم عند الله تعالى؟ فقدرنا على خلقه وتصويره وإخراجه، فنعم القادرون نحن.
77:9

وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ فُرِجَتْ

Wa-itha assamao furijat

Dan apabila langit terbelah;

Tafsir Al-Muyassar: هلاك وعذاب شديد يوم القيامة للمكذبين بقدرتنا.
77:10

وَإِذَا ٱلْجِبَالُ نُسِفَتْ

Wa-itha aljibalu nusifat

Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;

Tafsir Al-Muyassar: ألم نجعل هذه الأرض التي تعيشون عليها، تضم على ظهرها أحياء لا يحصون، وفي بطنها أمواتًا لا يحصرون، وجعلنا فيها جبالا ثوابت عاليات؛ لئلا تضطرب بكم، وأسقيناكم ماءً عذبًا سائغًا؟
77:11

وَإِذَا ٱلرُّسُلُ أُقِّتَتْ

Wa-itha arrusulu oqqitat

Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).

77:12

لِأَىِّ يَوْمٍ أُجِّلَتْ

Li-ayyi yawmin ojjilat

(Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?

77:13

لِيَوْمِ ٱلْفَصْلِ

Liyawmi alfasl

(Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.

77:14

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلْفَصْلِ

Wama adraka ma yawmualfasl

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?

77:15

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!

77:16

أَلَمْ نُهْلِكِ ٱلْأَوَّلِينَ

Alam nuhliki al-awwaleen

Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?

77:17

ثُمَّ نُتْبِعُهُمُ ٱلْـَٔاخِرِينَ

Thumma nutbiAAuhumu al-akhireen

Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.

77:18

كَذَٰلِكَ نَفْعَلُ بِٱلْمُجْرِمِينَ

Kathalika nafAAalu bilmujrimeen

Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.

77:19

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!

77:20

أَلَمْ نَخْلُقكُّم مِّن مَّآءٍ مَّهِينٍ

Alam nakhluqkum min ma-in maheen

Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?

77:21

فَجَعَلْنَـٰهُ فِى قَرَارٍ مَّكِينٍ

FajaAAalnahu fee qararinmakeen

Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,

77:22

إِلَىٰ قَدَرٍ مَّعْلُومٍ

Ila qadarin maAAloom

Hingga ke suatu masa yang termaklum?

77:23

فَقَدَرْنَا فَنِعْمَ ٱلْقَـٰدِرُونَ

Faqadarna faniAAma alqadiroon

Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!

77:24

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!

77:25

أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ كِفَاتًا

Alam najAAali al-arda kifata

Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -

77:26

أَحْيَآءً وَأَمْوَٰتًا

Ahyaan waamwata

Yang hidup dan yang mati?

77:27

وَجَعَلْنَا فِيهَا رَوَٰسِىَ شَـٰمِخَـٰتٍ وَأَسْقَيْنَـٰكُم مَّآءً فُرَاتًا

WajaAAalna feeha rawasiyashamikhatin waasqaynakum maan furata

Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?

77:28

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!

77:29

ٱنطَلِقُوٓا۟ إِلَىٰ مَا كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ

Intaliqoo ila ma kuntumbihi tukaththiboon

(Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): "Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.

77:30

ٱنطَلِقُوٓا۟ إِلَىٰ ظِلٍّ ذِى ثَلَـٰثِ شُعَبٍ

Intaliqoo ila thillinthee thalathi shuAAab

"Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -

77:31

لَّا ظَلِيلٍ وَلَا يُغْنِى مِنَ ٱللَّهَبِ

La thaleelin walayughnee mina allahab

"Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.

77:32

إِنَّهَا تَرْمِى بِشَرَرٍ كَٱلْقَصْرِ

Innaha tarmee bishararin kalqasr

"Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,

77:33

كَأَنَّهُۥ جِمَـٰلَتٌ صُفْرٌ

Kaannahu jimalatun sufr

"(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning".

77:34

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).

77:35

هَـٰذَا يَوْمُ لَا يَنطِقُونَ

Hatha yawmu la yantiqoon

Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),

77:36

وَلَا يُؤْذَنُ لَهُمْ فَيَعْتَذِرُونَ

Wala yu/thanu lahum fayaAAtathiroon

Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.

77:37

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!

77:38

هَـٰذَا يَوْمُ ٱلْفَصْلِ ۖ جَمَعْنَـٰكُمْ وَٱلْأَوَّلِينَ

Hatha yawmu alfasli jamaAAnakumwal-awwaleen

Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).

77:39

فَإِن كَانَ لَكُمْ كَيْدٌ فَكِيدُونِ

Fa-in kana lakum kaydun fakeedoon

Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.

77:40

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!

77:41

إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى ظِلَـٰلٍ وَعُيُونٍ

Inna almuttaqeena fee thilalinwaAAuyoon

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -

77:42

وَفَوَٰكِهَ مِمَّا يَشْتَهُونَ

Wafawakiha mimma yashtahoon

Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.

77:43

كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ هَنِيٓـًٔۢا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Kuloo washraboo hanee-an bimakuntum taAAmaloon

(Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."

77:44

إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ

Inna kathalika najzee almuhsineen

Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

77:45

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!

77:46

كُلُوا۟ وَتَمَتَّعُوا۟ قَلِيلًا إِنَّكُم مُّجْرِمُونَ

Kuloo watamattaAAoo qaleelan innakummujrimoon

Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.

77:47

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), -

77:48

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱرْكَعُوا۟ لَا يَرْكَعُونَ

Wa-itha qeela lahumu irkaAAoo layarkaAAoon

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.

77:49

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!

77:50

فَبِأَىِّ حَدِيثٍۭ بَعْدَهُۥ يُؤْمِنُونَ

Fabi-ayyi hadeethin baAAdahuyu/minoon

(Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?